Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah minyak sitrus boleh mengingatkan kita tentang waktu bersantai-santai di tepi laut atau keharuman konifer yang membawa kita semula ke saat-saat mendaki bersama rakan karib. keharuman bukan sahaja boleh mencipta nostalgia, malah lebih daripada itu! Nikmatilah kepelbagaian minyak pati:
Anda pasti tahu kesan-kesan degil yang ditinggalkan oleh pelekat tanda harga pada cermin, pinggan dan cawan? Sapukan 1-2 titis minyak pati Lemon pada kain dan lap sahaja kotoran yang tinggal. Minyak pati Lemon pasti akan menyelamatkan anda daripada situasi yang melekitkan!
Menjaga rambut berkilau, janganlah risau. Sapukan beberapa titis minyak pati Cedarwood pada tapak tangan dan urut pada kulit kepala untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.
Cipta persekitaran ala spa dengan aroma yang menenangkan daripada minyak pati Lavender. Campurkan 1 cawan garam Epsom dengan 4 titis minyak Lavender dalam air mandian suam, kemudian rendamkan diri dan bersantailah.
Campurkan beberapa titis minyak pati Lemon pada cecair pencuci yang dihasilkan secara semula jadi untuk mencuci lantai, tingkap dan mana-mana permukaan dengan aroma yang bersih dan segar. Jangan gunakan minyak Lemon pada granit atau batu kerana permukaannya akan tergores.
Gabungkan setitis minyak pati Rose pada pelembap malam anda untuk menyokong permukaan kulit yang sihat. Cuba minyak pati yang lain, tetapi elakkan penggunaan minyak berasaskan sitrus seperti minyak pati Tangerine sebelum meluangkan masa di bawah cahaya matahari disebabkan oleh kepekaan foto minyak tersebut.
Hilangkan kepenatan setelah seharian bekerja dengan skrub badan buatan sendiri. Anda cuma perlukan minyak kelapa, garam Epsom dan minyak pati Lavender.
Pagi menjadi lebih indah setelah tidur nyenyak pada waktu malam! Baurkan minyak pati seperti Lavender, Vetiver, Cedarwood dan German Chamomile bagi membantu mendapatkan tidur yang tenang dan damai.
Bertenang, campuran minyak pati R.C.™ kan ada! Baur R.C. untuk mendapatkan penafasan yang normal dan lancar, serta menggalakkan tidur yang nyenyak dalam persekitaran yang pengap.
Apabila minyak pati Peppermint dan Eucalyptus Radiata diseduhkan pada kain mandian yang panas, anda kini boleh menikmati keharuman yang tenang dan menyegarkan. Anda mungkin menjadi amat tenang sehingga hilang rasa marah anda sendiri.
Minyak pati Melaleuca Alternifolia mengurangkan kecacatan pada permukaan kulit serta mengekalkan kulit dan kuku yang sihat apabila disapu dengan cara yang betul.
Guna keupayaan minyak pati sepenuhnya! Pelbagaikan kegunaan minyak pati anda bagi menikmati keunggulannya.
Kegunaan minyak pati yang manakah pernah anda cuba? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…
Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…
Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…
Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…
Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…
Sama ada anda dalam kebuntuan, terasa beban, kesunyian atau rindukan kampung halaman, aroma minyak pati…