Jika anda sama seperti kebanyakan kami di Young Living, Peppermint pasti menjadi satu daripada minyak pati kegemaran anda. Sama ada anda mahukan haruman yang segar, campuran pembaur yang menyemarakkan semangat di awal pagi atau tambahan yang mendinginkan ketika urutan kaki di hujung hari, beberapa titis Peppermint adalah jawapannya. Sekiranya anda perlukan lebih banyak sebab untuk menggemari minyak yang menyejukkan ini, berikut adalah 20 kegunaan minyak Peppermint untuk dicuba!
Cairkan 1 titis Peppermint dengan 4 titis V-6™ atau minyak pelarut lain, kemudian sapu pada pelipis, dahi, dan belakang leher. Elakkan daripada terkena mata! Anda akan merasai sensasi dingin yang melegakan kerana unsur utama Peppermint ialah menthol dan menthyl acetate.
Tip YL: Bolehkah anda sapu minyak Peppermint terus pada kulit?
Peppermint ialah minyak yang “panas”, ia memberi sensasi hangat pada kulit apabila disapu tanpa dicairkan. Saranan kami ialah dengan mencairkan Peppermint dengan minyak pelarut mengikut nisbah 1:4. Jika anda mahu gunakan Peppermint tanpa dicairkan, cuba sapu setitis pada kulit untuk ujian alahan. Jika anda mengalami reaksi dengan minyak ini, cairkannya pada nisbah 1:4 dengan minyak pelarut dan lakukan ujian alahan sekali lagi.
Legakan kulit selepas seharian berjemur di bawah matahari dengan menambahkan beberapa titis Peppermint dan Lavender ke dalam gel aloe vera.
Hasilkan serbuk pencuci karpet dengan 1 cawan soda penaik dan 20-30 titis minyak pati. Kami amat menggemari bau nyaman Kunzea bersama aroma ceria Peppermint.
Peppermint ialah bahan utama dalam barisan produk Cool Azul! Berikan urutan pada otot yang letih dengan Gel Sukan Cool Azul selepas melakukan senaman yang berat.
Penuhi pejabat atau ruang belajar anda dengan aroma menyegarkan dengan membaurkan campuran berikut apabila anda perlu menumpukan perhatian pada suatu projek.
Baurkan campuran menenangkan ini semasa minda anda perlukan kejelasan fikiran, contohnya semasa aktiviti spiritual atau meditasi.
Tambah 3 titis Peppermint ke dalam syampu anda di waktu pagi dan urut pada kulit kepala selama 2 minit untuk permulaan hari yang rancak.
Tambah lima titis Peppermint ke dalam air dan nikmati mandian yang menyegarkan.
Bawa Berbuli Deep Relief™ di dalam beg anda untuk penjagaan diri mudah alih yang ringkas. Bahan utamanya ialah Peppermint yang memberi sensasi dingin!
Campur setitis Peppermint dengan sedikit V-6 dan sapukan pada dada anda untuk sensasi dingin dan haruman segar.
Apabila suhu meningkat dan anda rasa seperti aiskrim yang mencair di tepi jalan, letakkan dua titis Peppermint pada tuala muka yang sejuk dan lembap. Ini sesuai untuk belakang leher, dahi dan dada anda.
Harumi rumah anda dengan aroma segar campuran pembaur ini.
Beg atau kasut gim anda berbau? Campurkan 2 auns air dan 6 titis Peppermint di dalam botol semburan untuk menyegarkan pakaian! Campurkan bersama Purification® atau Lemon untuk kesegaran berganda.
Letakkan 2 titis Peppermint dan 2 titis Eucalyptus Radiata pada tuala muka dan letak tuala itu di lantai bilik mandi berdekatan aliran air. Stim itu akan menyelubungi anda dengan aroma yang segar!
Apapun bau kurang menarik yang anda hidu, buka saja botol Peppermint anda dan tariklah nafas panjang. Aroma dinginnya akan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
Beritahu kami dalam ruang komen kegunaan minyak Peppermint yang anda akan cuba dulu!
(Sekiranya anda gemarkan Peppermint seperti kami, sudah tentu anda akan mencuba semuanya!)
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…
Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…
Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…
Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…
Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…
Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…