Sejak anda menggunakan minyak pati, anda mungkin pernah ditanya, “Apakah kegunaan minyak pati Lavender?” Anda pasti suka dengan soalan ini kerana minyak pati Lavender mempunyai pelbagai guna! Anda pasti teruja untuk berkongsi keajaiban minyak ini dalam memberikan ketenangan sebelum anda tidur serta terhadap kulit, rambut dan kegembiraan anda.
Kami tahu anda pasti sudah jatuh cinta dengan Lavender, kerana kami juga begitu! Berikut ialah 12 sebab minyak ini menjadi pilihan ramai:
Senarai tugas, kebimbangan keluarga dan masalah kerja mengusutkan fikiran anda sebelum tidur? Letakkan beberapa titis minyak Lavender ke atas tisu, masukkan ke dalam sarung bantal dan biarkan haruman bunga ini menghilangkan segala kerisauan.
Hilangkan kegusaran dengan urutan kaki peribadi! Bau minyak pati Lavender akan membantu anda fokus terhadap perkara penting sementara kaki anda dimanjai dengan penjagaan rapi.
Anda mungkin terfikir, “Bolehkah saya titiskan minyak Lavender ke rambut saya?” Jawapannya, YA! Anda boleh dapatkan rambut yang menawan setiap hari dengan satu atau dua titis Lavender yang dicampur dengan minyak pati Rosemary ke dalam syampu anda. Rambut anda yang lebih sihat pasti akan menarik perhatian ramai!
Nikmati setiap detik yang berlalu, namun berikanlah sokongan pada kulit anda dengan mencampurkan minyak pati Lavender ke dalam pelembap anda. Tanpa disedari, anda akan berseri-seri seperti masih muda!
Ini bukan magis, ini minyak pati Lavender! Sapu satu atau dua titis pada tompok-tompok merah yang menjengkelkan dan anda akan dapati ia mengurangkan kecacatan pada permukaan kulit.
Jangan biarkan aktiviti siang di bawah matahari merosakkan malam anda! Selepas berjemur seharian, sapukan minyak pati Lavender pada kulit anda yang rengsa untuk sensasi nyaman yang menakjubkan.
Campurkan satu lagi teman sejati YL, iaitu minyak pati Peppermint, dengan Lavender. Gabungan dua minyak ini apabila disapu akan memberi rasa dingin dan nyaman seperti diurut yang membuatkan anda berasa tenang selepas menghadapi cabaran harian.
Minyak Lavender terkenal dengan sifatnya yang menenangkan dan aroma yang menyamankan adalah penawar terbaik untuk hari yang sukar. Jadi rehatlah dan redakan kebimbangan anda dengan campuran mendamaikan ini.
Adakah kami tertinggal mana-mana kegunaan Lavender pilihan anda?
Kongsikan kegemaran anda dalam ruang komen di bawah!
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…
Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…
Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…
Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…
Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…
Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…