Di Rumah

Cara menjaga pembaur anda

Sama ada anda mencipta beberapa campuran baharu yang mengingatkan anda tentang tempat kegemaran anda atau menggunakan peneman setia anda seperti LavenderLemon, atau Peppermintuntuk mencipta satu suasana aromatik yang biasa anda nikmati, kemungkinan besar pembaur Young Living anda telah digunakan dalam jangka masa yang lama.

Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu prestasi pembaur tersebut. Pastikan pembaur anda dijaga dengan penuh kasih sayang! Tip-tip berikut akan menunjukkan and acara untuk membersihkan pembaur anda dengan pantas dan mudah, supaya bilik anda boleh diselubungi semula dengan keharuman yang sebenar.

 

Cara membersihkan pembaur ultrasonik anda

(untuk kegunaan Aria™, Rainstone™, Dewdrop™, Desert Mist™, Lantern dan pembaur-pembaur lain menggunakan alas ultrasonik)

  1. Padam dan cabut palam pembaur anda.
  2. Lap takungan air dengan kain kapas basah.
  3. Celup pengesat kapas dalam alkohol gosok dan bersihkan alas ultrasonik untuk menanggalkan apa-apa kotoran yang terkumpul.
  4. Lalukan air pada takungan air, kemudian lapkan bersih dan keringkan air lebihan dengan kain lembut.
  5. Campurkan air dan minyak pati dan mulakan pembauran anda!

Tip YL: Lalukan dengan air dan lap pembaur anda setiap kali selepas guna. Ini akan mengurangkan kesan minyak pati yang terkumpul. Bersihkan pembaur anda sepenuhnya 1-2 kali setiap bulan.

 

Cara membersihkan pembaur pengabus anda

(untuk kegunaan AromaLux™ dan pembaur-pembaur lain yang menggunakan pengabus)

  1. Padam dan cabut palam pembaur anda.
  2. Celup pengesat kapas dalam alkohol gosok dan kesat bersih semua permukaan pembaur.
  3. Masukkan minyak pati pilihan anda ke pengabus dan mulakan pembauran!

 

Mencarisilapan pembaur anda

Anda menghadapi masalah mengendalikan pembaur anda dengan baik? Tonton video pencarisilapan di bawah untuk dapatkan beberapa tip mudah!

Tip YL: Mencari lebih banyak maklumat tentang penggunaan pembaur anda? Tonton video-video berikut yang memaparkan tentang pembaur Desert MistAriaLanternDewdrop, dan AromaLux.

Apakah campuran minyak pati kegemaran anda yang anda gunakan untuk membaur?

Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

This post is also available in: English Chinese (Simplified)

Recent Posts

Jenis pembaur mana yang sesuai untuk anda?

Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…

Mac 30, 2022

Cintai diri sendiri: 8 tips untuk menyayangi siapa anda sekarang

Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…

Februari 24, 2022

10 cara kreatif menggunakan minyak pati

Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…

Ogos 19, 2021

Panduan untuk mencipta campuran pembaur

Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…

Februari 11, 2021

Cara menggunakan minyak pati pada badan anda

Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…

Februari 18, 2020

Sebotol dakapan: Panduan minyak pati untuk membangkitkan semangat dan memberikan inspirasi

Sama ada anda dalam kebuntuan, terasa beban, kesunyian atau rindukan kampung halaman, aroma minyak pati…

Februari 6, 2020