Categories: Uncategorized @ms

Cintai diri sendiri: 8 tips untuk menyayangi siapa anda sekarang

Swacinta mungkin kedengaran seperti sekadar perkataan terkenal di media sosial kebelakangan ini. Anda sendiri mungkin hanya terikut-ikut menggunakan perkataan ini, sama seperti anda terikut-ikut dengan filter insta dan boba milk tea (gurau je – boba milk tea memang sedap!). Tapi, belajar mencintai diri sendiri adalah penting untuk kegembiraan dan perkembangan peribadi anda. Ia juga merupakan titik mula untuk hubungan yang kuat dan sihat bersama insan lain.

Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan berjaya. Mulakan dengan membuang rasa tidak percaya dan cakap-cakap negatif pada diri sendiri, hari ini dengan lapan tips berikut.

  1. Sesi membersih media sosial

Anda mengikuti orang yang selalu memuat naik komen atau meme yang membawa kepada pergaduhan? Atau akaun yang berkongsi hidup sempurna mereka atau matlamat bentuk badan yang tak realistik? Walaupun anda tak boleh tentukan apa yang orang lain muat naik di halaman mereka, anda boleh tentukan apa yang muncul di halaman anda. Lindungi ketenangan anda dengan berhenti mengikuti sesiapa saja yang buat anda rasa teruk dengan diri sendiri – rakan palsu anda. Sambil membersih media sosial, cari akaun atau individu yang boleh menjadi inspirasi untuk diikuti.

  1. Ambil SEMUA swafoto yang anda mahukan

Sama ada pencahayaan sempurna, gincu merah mengancam, atau anda tiba-tiba rasa anda nampak menawan, ambil saja swafoto dan simpan untuk meningkatkan keyakinan diri anda di masa akan datang. Anda layak mengenang saat-saat anda rasa menawan.

Tip YL: Jauhkan telefon daripada muka anda supaya lensa kamera tidak menyebabkan muka anda nampak herot benyot; kemudian, zum masuk untuk dapatkan tangkapan sempurna.

  1. Cuba amalkan memuji diri sendiri

Kami tahu – sebab itu kami cakap, cuba. Kalau anda selalu fokus pada kekurangan anda semasa melihat cermin, cuba beri pujian. Anda mungkin rasa segan pada mulanya, tapi teruskan saja kerana kata baik-baik untuk diri sendiri boleh memberi kebaikan yang tak terjangka pada kesihatan mental anda. Lebih kerap anda sebut sesuatu, lebih yakin anda pada hal tersebut. Ingat, kalau ia sesuatu yang anda tak sampai hati nak cakap pada kawan baik atau adik beradik sendiri, jangan cakap benda yang sama pada diri sendiri!

  1. Jaga badan anda

Susah untuk rasa positif tentang diri dan badan anda jika anda sentiasa kurang bersemangat. Cuba cari rentak anda dengan langkah kecil dalam menjadikan diri anda lebih sihat, lebih gembira.

  • Rancang rutin waktu tidur yang lebih baik. Mulakan dengan campuran pembaur yang menenangkan ini
  • Rehat, betul-betul rehat. Periksa senarai tugasan yang perlu anda siapkan dan jadualkan rehat pendek antara tugasan.
  • Minum, minum, minum. Kalau anda rasa jemu minum air, ubah selera dengan setitis Perisa Minyak Pati Lemon.
  • Makan buah atau sayur bersama setiap hidangan. Tambah beberapa biji beri dalam bijirin sarapan anda, gantikan kerepek kentang dengan jejari lobak merah dan pencecah hummus, dan sediakan salad bersama makan malam.

 

  1. Tulis surat cinta untuk diri sendiri

Tuliskan satu senarai tentang pencapaian anda atau benda yang anda suka tentang diri anda. Tak ada yang tak bermakna! Berikan diri anda pujian selayaknya dan catat semua cabaran yang berjaya anda lalui, kemudian letakkan surat tersebut di bawah bantal atau di tepi katil anda supaya anda boleh mulakan setiap hari dengan aura positif.

  1. Jadualkan hari untuk manjakan diri sendiri

Swacinta tak semestinya tentang mandian penuh buih atau kunjungan ke spa, tapi kalau dapat, apa salahnya!

 

  1. Melabur untuk diri sendiri

Ramai orang, terutamanya golongan ibu bapa, sering mendahulukan orang lain. Tapi anda tak sepatutnya rasa bersalah memenuhi impian anda – ini akan menjadikan anda kawan, pasangan, dan pemimpin yang lebih baik. Sertai kelas yang anda idamkan, beli buku motivasi yang anda mahukan, dapatkan minyak pati yang dah lama anda inginkan, atau beli saja krim muka mahal impian anda. Tak salah.

  1. Hentikan perbandingan

Daripada tubuh badan, ke rambut, ke tahap kebersihan rumah, kita tak habis-habis bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Tapi, tak ada anda yang lain di planet ini. Hebat, kan? Raikan keunikan anda dan jangan lupa, tak ada orang lain seperti anda, dan itu sesuatu yang bagus!

Apa tips anda untuk buang rasa tak yakin dengan diri sendiri dan rasa lebih bersemangat?

This post is also available in: English Chinese (Simplified)

Recent Posts

Jenis pembaur mana yang sesuai untuk anda?

Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…

Mac 30, 2022

10 cara kreatif menggunakan minyak pati

Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…

Ogos 19, 2021

Panduan untuk mencipta campuran pembaur

Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…

Februari 11, 2021

Cara menjaga pembaur anda

Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…

Februari 28, 2020

Cara menggunakan minyak pati pada badan anda

Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…

Februari 18, 2020

Sebotol dakapan: Panduan minyak pati untuk membangkitkan semangat dan memberikan inspirasi

Sama ada anda dalam kebuntuan, terasa beban, kesunyian atau rindukan kampung halaman, aroma minyak pati…

Februari 6, 2020