Apa tiga produk Young Living yang menggunakan minyak pati Wintergreen dan Peppermint, meninggalkan sensasi dingin apabila disapu pada kulit dan dicipta oleh pengasas Young Living D. Gary Young? Tepat sekali – Cool Azul®, Panaway® dan Berbuli Deep Relief™! Anda tahu bahawa anda wajib ada ketiga-tiga minyak pati ini, tetapi tahukah anda sebabnya? Teruskan membaca untuk mengetahui tentang bahan-bahan, aroma dan kegunaan produk yang unik ini!
Cool Azul
Ramuan: Wintergreen, Peppermint, Sage, Copaiba, Oregano, Lavender, Blue Cypress, Elemi, Vetiver, Dorado Azul
Bau: Pudina, menthol dan sedikit bau kemanis-manisan. Baunya seperti gula-gula pudina wintergreen yang memberi anda nafas yang segar!
Kelainannya: Kepelbagaiannya! Cool Azul boleh didapati dalam bentuk campuran minyak pati dan gel sukan mendinginkan serta ia memenuhi keperluan sukan dan pengembaraan anda.
Campuran minyak pati Cool Azul®
Dapatkan manfaat terbaik Cool Azul melalui campuran minyak patinya. Ketika saat paling poten, bahan-bahan menakjubkan seperti Wintergreen dan Peppermint memang mujarab. Cairkan dengan Minyak Sayuran Kompleks V-6™ untuk urutan menyegarkan yang berbau enak, melegakan dan menghilangkan rasa sesal selepas mendaki sejauh 10 batu. Atau sambungkan dengan Alat Penggelek AromaGlide® dan bawanya ke mana-mana supaya mudah untuk anda sapukannya selepas aktiviti fizikal.
Gel Sukan Cool Azul®
Gel Sukan Cool Azul yang dihasilkan khas untuk peminat gim dan atlet ironmen pasti berguna sebelum, semasa dan selepas senaman pull-up. Aloe vera dalam gel ini membuatkan ia mudah diserap, jadi kuantiti minyak pati yang tinggi dalam formula ini, iaitu 10 peratus, boleh terus memberi kesan. Anda mungkin memarahi jurulatih anda, tetapi anda akan memuji campuran Peppermint, menthol dan camphor ini selepas sapuan.
Campuran minyak pati PanAway®
Ramuan: Wintergreen, Helichrysum, Clove, Peppermint
Bau: Kemanis-manisan bak pudina dan hangat. Campuran Wintergreen dan Clove memberikan aroma rutbir berpudina!
Kelainannya: Anda pernah berasa kurang selesa apabila anak-anak bertekak, duduk dalam kuliah selama tiga jam atau terlalu lama menonton Netflix? Ketidakselesaan itu perlukan sentuhan semula jadi yang mendinginkan. Gunakan PanAway! Cairkan 1 titis produk yang anda wajib miliki ini dengan 4 titis V-6, sapu di pelipis dan leher dan alami aroma yang merangsang dan sensasi yang menyegarkan walaupun anda berada di dalam pasar raya yang bising atau lalu lintas yang sesak. Untuk mendapatkan manfaat PanAway sepenuhnya selepas dicairkan, cuba cara-cara ini:
Sapu pada dada di waktu pagi untuk rasa dingin yang menyegarkan dan mengujakan.
Sapu 1 atau 2 titis pada tapak kaki anda untuk bersantai di waktu petang.
Berehat seperti di spa dengan mencampurkan 10 titis dengan 1 cawan garam Epsom dalam air mandian hangat.
Berbuli Deep Relief™
Ramuan: Peppermint, Lemon, Clove, Copaiba, Wintergreen, Helichrysum, Vetiver, Dorado Azul
Bau: Bak pudina dan kekayu-kayuan. Ia memberi rasa seperti berjalan merentasi hutan yang dingin sambil mengunyah gula-gula getah!
Kelainannya: Produk yang paling mudah digunakan, Berbuli Deep Relief bersedia untuk menambah baik hari anda dengan sapuan mudah. Produk ini dipek dalam bekas bebuli yang boleh dibawa di dalam poket atau beg. Penyegar yang telah dicairkan terlebih dahulu ini adalah barangan pertama yang anda mahu dalam kit kecemasan atau ketika mengembara. Anda pasti tidak akan dapat lupakan pembakar semangat ini jika anda ikut langkah-langkah berikut:
Beri urutan pada diri dengan sapuan pada pangkal leher dan bahu.
Berehat daripada latihan gim dan sapu pada tempat yang sengal.
Simpan Berbuli Deep Relief di tempat yang diperlukan seperti laci meja, meja katil, dan kotak serba guna.
Mari kita pilih: Produk yang mana satu kegemaran anda—Cool Azul, PanAway atau Berbuli Deep Relief?
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
Leave A Comment