Sebagai satu daripada produk Young Living yang paling laris, campuran minyak pati Purification® ini merupakan satu kemestian dalam kebanyakan kediaman di seluruh dunia – dan ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Minyak pati Citronella, Lavandin, Lemongrass, Myrtle, Rosemary dan Melaleuca Alternifolia bergabung secara harmoni bagi menyelubungi udara dengan aroma kemanisan lemon dan keharuman herba.
Di rumah
Campuran kemanis-manisan dan kepedas-pedasan serta bau sitrus dan keharuman seperti herba ini merupakan aroma terbaik yang akan menyambut kehadiran anda di muka pintu. Purification membawakan satu perasaan yang tenang dan puas hati, sama ada ketika anda dan individu kesayangan anda berkumpul di meja makan, bersenang-senang di ruang tamu bersama keluarga atau ketika melaksanakan projek mengemas di seluruh rumah anda.
YL Tip: Titiskan beberapa titis Purification pada bebola kapas dan letakkan ke ruang-ruang kecil seperti salur angin, laci atau kasut untuk mengekalkan kaharuman dengan lebih lama dan menghapuskan bau yang tidak diingini.
Ketika hari mendobi pakaian
Tetamu anda akan memerlukan tiga benda apabila mereka berkunjung dan bermalam di rumah anda: Tuala yang bersih, berus gigi dan cadar yang teresap dengan keharuman mewah Purification.
Bagi meyakinkan tetamu anda bahawa mereka kini berada di hotel yang eksotik, dapatkan botol semburan 2auns lalu campurkan yang berikut:
- 1 auns air
- 1 auns witch hazel
- 15 titis campuran minyak pati Purification
Anda tidak akan menerima tetamu dalam masa terdekat? Anda masih boleh menikmati suasana aromatik yang luar biasa untuk keselesaan diri sendiri. Titiskan 2-4 titis Purification ke cucian baju anda atau bebola pengering untuk menyeduh pakaian, cadar dan selimut dengan keharuman yang menyegarkan.
Di bilik mandi
Dengan adanya komponen Citronella dan Lemongrass, Purification memainkan peranan penting di bilik mandi anda. Terdapat berbagai-bagai cara untuk menggunakannya! Titiskan dua titis ke bahagian dalam kertas tandas gulung untuk keharuman yang menyegarkan. Titiskan setitis dua ke bebola kapas dan letakkan di antara tong sampah dan pelapik tong sampah supaya bilik mandi anda kekal berbau wangi.
Cipta bahan pencuci untuk sinki dan kaunter dengan menggabungkan yang berikut:
- 1 penutup penuh Pembersih Seisi Rumah Thieves®
- 10 titis campuran minyak pati Purification
- 2-3 cawan air
Tingkatkan keharuman seluruh bilik mandi anda dengan membaurkan minyak pati Purification dan Lemon bagi menjadikan ruang udara sentiasa bersih dan harum!
Dalam kereta
Setelah rumah anda kini diselubungi dengan aroma yang menggoda, atasi pula bau hapak di tempat-tempat yang lain. Gunakan helah bijak dengan menggunakan bebola kapas yang telah anda pelajari di atas di dalam kereta anda untuk menghapuskan bau yang terbit dari beg gym, kasut bola anak-anak dan makanan berbungkus. Letakkan sahaja bebola kapas di salur udara, di bawah pelapik kaki dan di dalam poket belakang tempat duduk hadapan.
Bukan itu sahaja! Segarkan suasana di bilik hotel, ruang pejabat dan bilik mandi awam. Anda tidak perlu berkompromi dengan bau hapak walaupun anda tidak berada di rumah.
Ketahui kandungannya
Ketahui lebih lanjut tentang campuran minyak pati yang dicipta khas ini serta asal-usulnya. Tonton video ringkas ini!
Bagaimana lagi cara anda mengaplikasikan kebaikan Purification?
Sebarkan ilmu pengetahuan anda pada komen di bawah.
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
Leave A Comment