Ke hadapan Minyak Pati Lemongrass,
Telah lama saya simpan, namun saya tidak boleh membendung lagi perasaan ini. Ketahuilah bahawa saya sangat sayang pada kamu! Aroma kamu yang menggoda, asal kamu yang eksotik dan kehadiran kamu yang menenangkan, membuatkan saya asyik jatuh cinta pada kamu setiap hari.
Elizabeth Barret Browning pernah menulis, “Kenapa saya cinta kamu? Biar saya kira sebabnya.” Dia beri Robert Browning lapan sebab yang indah tentang cintanya dan oleh kerana saya sangat sayang kamu, saya akan beri lapan sebab juga.
Minyak pati Lemongrass, kamu berasal dari tempat yang hangat, lembap dan menarik, begitu juga saya. Sebab itu kita pasangan yang secocok. Kamu mengingatkan saya pada pengembaraan ke Thailand. Perkampungan, bau dan bunyi di sana membuat saya rasa kagum setiap hari. Kamu berikan saya perasaan itu walau di mana pun saya berada.
Saya tidak dapat melupakan aroma kamu yang menggembirakan. Apabila saya titiskan kamu dalam pembaur atau sembur kamu pada cadar, bau kamu kekal lama. Bau unik ini lain daripada yang lain, kamu ada bau manis, bau sitrus serta bau tanah yang lembut.
Walaupun selepas seharian yang sibuk, kamu memiliki kebolehan menakjubkan untuk menenangkan saya. Apabila saya terhidu aroma kamu yang memberi inspirasi semasa latihan pernafasan, saya rasa lebih bertenang. Kamu peneman yang beri saya ketenangan dan kejelasan fikiran semasa meditasi harian saya.
Saya bukan saja sayang, malah lebih daripada itu! En-R-Gee™, Body Ease Massage Oil dan Soothing Sport Massage Oil tidak akan sama tanpa kamu.
Kamu membantu saya mengingati matlamat saya untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya dalam produk pencuci saya dan mencari penyelesaian yang berasaskan tumbuhan. Ini cara kegemaran saya untuk membantu menyegarkan rumah:
Dengan bau yang menyegarkan dan menceriakan, kamu memberi inspirasi kepada saya dan menjadikan saya seorang yang gemar mengemas! Bersama muzik yang menyeronokkan, kita berdua dapat selesaikan pelbagai tugas selepas saya tambahkan 3-4 titis ke dalam sinki yang penuh pinggan kotor, sebaldi baju untuk dicuci atau larutan pencuci serba guna saya.
Saya tidak suka apabila saya tercungap-cungap selepas senaman. Saya amat menggemari urutan peribadi selepas bersenam, namun ini hanyalah disebabkan oleh keharuman kamu yang menenangkan. Apabila saya tambah kamu ke dalam Minyak Sayuran Kompleks V-6™, bau sitrus dan bau tanah kamu menghasilkan haruman terbaik selepas berhempas pulas di gim.
Antara sebab yang membuatkan saya sangat sayang pada kamu ialah manfaat kamu dalam membersihkan kulit. Saya rasa lebih yakin sejak saya tambah kamu ke dalam regimen penjagaan kulit saya. Saya dapat lebih banyak pujian sekarang dan saya yakin ia sama ada kerana penampilan saya atau kegembiraan yang kamu bawakan ke dalam hidup saya. Mungkin kedua-duanya!
Dengan ingatan kasih dan sayang,
Pengguna setia Lemongrass
Adakah anda telah jatuh cinta terhadap Lemongrass seperti kami?
Beritahu cara anda meluahkan rasa cinta dalam ruang komen di bawah!
This post is also available in: English Chinese (Simplified)
Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…
Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…
Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…
Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…
Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…
Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…