Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk menyesuaikan campuran pembaur dan mencubanya dengan minyak pati kegemaran anda!

Mari kita mulakan

Jadilah pakar campuran pembaur dengan memahami perkara-perkara asas melalui soalan lazim berikut:

Berapa titis minyak pati yang perlu saya titiskan dalam pembaur saya?

Bagi pembaur YL, kami syorkan julat antara 5-25 titis bagi setiap campuran, oleh itu sila sesuaikan mengikut arahan pembaur anda.

Jika anda gemarkan keharuman yang lembut, kurangkan jumlah titisan. Jika arahannya memerlukan sebanyak 6-8 titis, mulakan dengan 5 titis dan anda boleh menambahkan jumlahnya untuk mendapatkan bau yang lebih kuat.

Berapa jenis minyak yang boleh saya gunakan?

Kemungkinan tanpa batasan! Terdapat pelbagai gabungan keharuman yang hanya menunggu untuk dibongkar. Jika anda telah menemui campuran yang anda gemari dengan mencampurkan 1 titis daripada setiap 10 minyak, jangan berlengah lagi! Kami sentiasa memilih 3-5 minyak untuk setiap campuran, namun apa yang penting ialah pilihan anda sendiri.

Bolehkah saya menggunakan mana-mana minyak pati saya dalam pembaur saya?

Walaupun kebanyakan minyak sesuai digunakan secara aromatik, kami syorkan supaya anda mengikut arahan label pada botol minyak pati sebelum anda menyelubungi persekitaran anda dengan keharuman yang sensasi.

Mencipta campuran pembaur tersendiri

Baru mencuba untuk membaur? Mulakan dengan minyak yang mempunyai aroma kegemaran anda. Obses dengan Lavender? Baurkan minyak itu sendiri bagi menikmati keharuman bunga yang kemanis-manisan dan kemudian gunakannya sebagai asas bagi mencipta beberapa gabungan yang baharu.

Tiba masanya untuk menjadi kreatif!

Pasangan sempurna: Mulakan dengan kombo cuba dan guna

Pilih minyak pati yang biasa digunakan, seperti beberapa minyak berbau sitrus atau bunga. Pilih pasangan klasik seperti berikut:

Thieves® dan Lemon

Peppermint dan Lavender

Cinnamon Bark dan Orange

Frankincense dan Cedarwood

Eucalyptus Radiata dan Rosemary

Anda akan ketahui dengan pantas minyak mana anda lebih gemari supaya anda boleh mula mencuba dengan pelbagai gabungan lain.

Trio terunggul . . . dan seterusnya: Cara untuk mencuba

Setelah anda menjumpai pasangan yang sempurna bagi anda, pilih minyak yang ketiga untuk ditambahkan.

Langkau fasa cuba dan lihat supaya anda tidak membazirkan minyak pati berharga anda dengan melakukan ujian hidu sebelum pembauran. Pilih beberapa minyak yang anda rasa sesuai digunakan bersama, alihkan penutup dan pegang setiap satu dalam tangan, kemudian lalukan pada hidung untuk mengagak bagaimana bau minyak-minyak ini apabila digabungkan.

Pilih julat yang sesuai, bawa satu minyak lebih dekat pada hidung dan jauhkan minyak-minyak yang lain. Minyak yang paling dekat akan menjadi minyak yang paling banyak dititiskan dalam campuran pembaur anda. Minyak yang jauh pula akan cuma perlukan beberapa titis sahaja dalam campuran tersebut.

Jika anda menggemari gabungan tersebut, teruskan dengan pembauran anda! Jika gabungannya kurang sesuai, tukar satu atau lebih minyak sehingga anda menemui campuran yang sempurna.

Tip YL: Keharuman yang seimbang 

Beberapa minyak pati mempunyai keharuman yang lebih kuat daripada minyak yang—Basil, dan Cinnamon Bark mempunyai aroma yang menakjubkan. Pastikan keharuman seperti ini tidak menguasai campuran anda dengan hanya mencampurkan satu atau dua titis sahaja.

 

Tip YL: Jika ragu-ragu, lawat sahaja blog. Kami akan sentiasa mencipta lebih banyak lagi!

Kami suka mencipta campuran pembaur untuk anda!

Kini anda telahpun menjadi peminat pembauran, pastikan pembaur anda bersih supaya setiap campuran yang anda cuba itu sentiasa segar.

Apakah campuran pembaur rakan anda?

Sebarkan kasih – sayang ini pada ruangan komen!

This post is also available in: English Chinese (Simplified)