Essential Oils

Sebotol dakapan: Panduan minyak pati untuk membangkitkan semangat dan memberikan inspirasi

Kadang-kala, semua perkara menjadi serba tidak kena. Pembentangan anda tidak seperti yang diharapkan, jalan raya penuh sesak, hujan lebat, banyak perkara tertangguh dan makanan yang anda simpan untuk makan malam pula disambar orang lain. Anda cuma ingin menyorok bawah selimut dan lupakan segala yang berlaku hari itu.

Kita semua pernah hadapi hari yang sukar, sedih, penat atau menjerihkan. Sama ada anda dalam kebuntuan, terasa beban, kesunyian atau rindukan kampung halaman, aroma minyak pati yang tulen dan lembut ini akan membantu anda bangkit semula, bermuhasabah diri dan mempertingkatkan semula semangat kerohanian anda.  Berikut ialah beberapa minyak pati kegemaran kami yang boleh membantu anda mencari semula semangat anda yang hilang.

Valor: Dakapan keberanian

Ia adalah mudah untuk mengenal pasti perkara yang ingin kita ubah dalam kehidupan kita, namun kita mungkin tiada keberanian untuk mula membuat sebarang perubahan. Takut pada halangan, malu dan kegagalan akan menjadikan kita sentiasa berada dalam keadaan paralisis analisis. Jika anda berada dalam situasi di mana anda asyik berasa resah dan gelisah campuran minyak pati Valor boleh membantu menggalakkan keberanian dan kekuatan.

Tip penggunaan: Amalkan kata-kata semangat pada diri sendiri setiap hari di depan cermin sambil menghidu aroma campuran yang tidak bercelaru ini bagi menggalakkan keyakinan dan kasih pada diri sendiri.

Sacred Mountain: Dakapan Alam Semula Jadi

Tiada yang lebih mengagumkan daripada meluangkan masa menikmati alam sekitar bagi mengosongkan minda dan membangkitkan semangat anda. Namun, ia bukanlah mudah untuk mencuri-curi masa melakukannya. Campuran Ylang Ylang  serta tiga minyak pati konifer yang berlainan ini akan menghidupkan ketenteraman alam semula jadi di mana sahaja anda berada—tanpa perlu menyarung kasut untuk mendaki.  Gunakannya untuk menggalakkan kekuatan, pemerkasaan, ketetapan dan perlindungan.

Tip penggunaan: Apabila anda memerlukan masa bersendirian tetapi agak mustahil, sapukan 2-3 titis campuran ini pada tapak tangan dan tarik nafas dalam-dalam.

 

Gathering: Dakapan perhubungan

Dalam dunia yang bergerak laju ini, adalah mudah untuk kita tersasar dalam kehidupan seharian dan lupa akan beberapa perkara penting. Minyak pati merupakan cara yang paling tepat untuk mengingatkan anda tentang keindahan hidup dan menghubungkan diri anda kembali dengan alam semula jadi dan diri anda yang sebenarnya. Dengan LavenderNorthern Lights Black Sprucedan enam minyak pati yang lain, campuran minyak pati Gathering ialah campuran yang paling sesuai untuk tujuan tersebut.

Tip penggunaan: Baurkan sambil meluangkan masa berkualiti dengan rakan-rakan atau keluarga bagi mencipta memori yang akan membawa anda ke saat-saat mendamaikan dan menyeronokkan ketika waktu sukar.

 

Release: Dakapan pembebasan

Kita akan sentiasa memikul bebanan emosi saban hari, sama ada komen yang menyakitkan hati, pemikiran yang negatif atau berita yang tidak menyenangkan, dan setelah sekian lama, bebanan ini akan menjadi semakin berat untuk kita pikul. Adalah penting untuk kita meluangkan sedikit masa bagi meringankan bebanan dan membebaskan diri kita sendiri. Aroma seimbang campuran minyak pati Release boleh membantu anda melepaskan negativiti dan membangkitkan semangat anda.

Tip penggunaan: Ketika dalam perbualan yang serius bersama ahli keluarga atau yang tersayang, baurkan campuran ini untuk membantu anda kekal positif dan berminda terbuka.

 

Present Time: Dakapan penghargaan

Adalah mudah untuk anda menjadi terlalu fokus akan kekesalan yang telah berlaku semalam dan keterujaan yang akan berlaku esok sehingga anda terlupa akan keindahan dan kebaikan hari ini. Baurkan Present Time dan amalkan tafakur minda bagi membantu anda menghargai dan meraikan saat-saat yang berlaku sekarang. Biarkan aromanya mengingatkan anda untuk bertenang dan menikmati keindahan kehidupan, seperti titisan hujan yang turun perlahan di jendela dan kicauan burung yang merdu pada waktu pagi.  Terdapat keindahan dan keajaiban di sekeliling anda hanya jika anda mengambil masa untuk menikmatinya.

Tip penggunaan: Baurkan campuran ini sambil melakukan kerja-kerja seharian, seperti membasuh baju atau mengemas rumah, bagi membantu anda sentiasa fokus dan bersyukur walaupun ketika melakukan tugasan yang kurang menyeronokkan.

Highest Potential: Dakapan keyakinan  

Benarlah kata orang dulu-dulu: Anda boleh melakukan apa sahaja asalkan anda fokus melakukannya. Namun, dalam dunia di mana kita sentiasa dikritik akan prestasi kita, sama ada melalui pemasaran, media sosial ataupun hubungan peribadi, adalah penting untuk kita memperingati diri kita tentang kebolehan yang kita ada. Dengan Blue Cypress  dan 20 minyak pati yang lain, Highest Potential mempunyai satu aroma yang menyegarkan dan menginspirasikan yang boleh membantu pemikiran anda kekal positif dan fokus ke arah masa depan yang cerah.

Tip penggunaan: Ketika mengkaji atau merancang untuk masa depan, baurkan minyak ini bagi menikmati aroma yang mengingatkan anda tentang kekuatan dan ketahanan dalaman anda.

Hope: Dakapan optimisme

Walau dengan cara apa sekalipun kita cuba untuk menjauhkannya, kita tetap akan menghadapi saat-saat kesukaran dan kekecewaan. Ketika waktu-waktu sukar ini, apa yang penting ialah jangan putus harapan. Walau segelap mana sekalipun, pasti akan ada sinar di kemudian hari. Adakalanya sinar ini samar-samar, namun ia pasti ada. Anda hanya perlu mencarinya. Dengan kefahaman ini, anda pasti boleh mengatasi apa jua rintangan. Campuran minyak pati Hope dengan minyak pati yang menenangkan seperti MelissaJuniper, dan Myrrh akan membantu menyokong perjalanan anda..

Tip penggunaan: Baurkan campuran ini ketika waktu-waktu sedih bagi memulihkan kembali kepercayaan anda dalam mencari kekuatan dan kestabilan diri.

 

Minyak apa yang anda gunakan untuk membangkitkan semula semangat kerohanian anda?

This post is also available in: English Chinese (Simplified)

Recent Posts

Jenis pembaur mana yang sesuai untuk anda?

Pembaur membantu memecahkan minyak pati menjadi partikel kecil yang boleh tersebar ke udara dan memenuhi…

Mac 30, 2022

Cintai diri sendiri: 8 tips untuk menyayangi siapa anda sekarang

Mengenal pasti nilai diri anda mungkin mencabar, tapi dengan sedikit masa dan usaha, anda akan…

Februari 24, 2022

10 cara kreatif menggunakan minyak pati

Keunikan sesuatu keharuman adalah menakjubkan, kerana ia dapat mengingatkan kita tentang memori-memori indah. Sebab itulah…

Ogos 19, 2021

Panduan untuk mencipta campuran pembaur

Ingin tahu rahsia di sebalik mencipta keharuman yang unik dan tersendiri? Ikuti panduan kami untuk…

Februari 11, 2021

Cara menjaga pembaur anda

Membersihkan pembaur anda adalah penting kerana kesan minyak boleh terkumpul di bahagian dalam dan mengganggu…

Februari 28, 2020

Cara menggunakan minyak pati pada badan anda

Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati…

Februari 18, 2020