Terdapat banyak cara untuk menggunakan minyak pati. Sapuan secara topikal boleh memberi pelbagai manfaat, dan apabila kita perlukan perangsang, tak dapat dinafikan lagi yang cara kegemaran kita untuk memulihkan tenaga adalah menikmati manfaat aromatik minyak pati dan campuran Young Living dengan menarik nafas panjang beberapa kali.

 

Campuran minyak pati R.C.Young Living Campuran minyak pati R.C.

  • Kekalkan motivasi dengan aroma mengagumkan daripada campuran minyak pati R. C.™ apabila anda mengangkat berat, berlari atas treadmill atau berbasikal.
  • Dapatkan rawatan spa selepas senaman dengan menambah beberapa titis Minyak Sayuran Kompleks V-6™ untuk urutan kaki atau badan selepas rutin gim, pengembaraan luar atau latihan yoga.
  • Ceriakan hari anda ketika bekerja di waktu pagi dengan menyapu R.C. pada dada dan pinggang.

 

Minyak pati Peppermint

  • Segarkan diri anda selepas senaman yang berat. Cairkan beberapa titis minyak pati Peppermint dalam Minyak Sayuran Kompleks V-6™ dan gunakannya untuk urutan dingin selepas senaman.
  • Hasilkan gabungan minyak pati yang dingin dan tenang. Peppermint tergolong dalam keluarga yang sama dengan Lavender dan Rosemary. Ini bermakna semua minyak botani ini mempunyai haruman terbaik yang sangat serasi digunakan bersama.

 

Minyak pati Eucalyptus

  • Young Living Minyak pati Eucalyptus
  • Hasilkan pembaur minyak pati anda sendiri di dalam bilik mandi. Letakkan 5-10 titis minyak Eucalyptus Radiata pada tuala muka yang hangat dan lembab dan letakkannya berdekatan aliran air sebelum mandi. Ia akan menghasilkan stim terseduh dengan Eucalyptus yang mendinginkan.
  • Nikmati pengalaman mengujakan dengan menyedut minyak pati Eucalyptus Globulus secara terus atau sapunya di dada anda.

 

Minyak pati Rosemary

  • Dapatkan kejelasan fikiran. Aroma minyak pati Rosemary yang kompleks dan berbau kayu adalah sempurna ketika anda perlu waktu untuk fokus. Jika anda mencampurkan minyak pati, cuba tambah minyak ini dalam resipi pembaur yang mempunyai minyak pati sitrus. Kesegaran bau sitrus akan melengkapkan aroma herba dan memberi tenaga kepada campuran pembaur.
  • Baurkan minyak pati Rosemary untuk bersihkan udara daripada bau yang tak diingini. Cubanya di dapur untuk bau yang segar!
  • Sediakan pembaur anda di waktu pagi! Apabila anda teringin sambung tidur semula, hidupkan pembaur anda dengan resipi pembaur minyak pati Lemon yang menceriakan ini!

 

Minyak pati Lemon

Bangun Pagi Dengan Ceria

3 titis minyak pati Lemon

3 titis campuran minyak pati Citrus Fresh™

4 titis minyak pati Peppermint

 

Apakah minyak pati pilihan anda untuk menyegarkan diri? Beritahu kami di ruang komen!

This post is also available in: English Chinese (Simplified)