Ketua Pegawai Maklumat
Mark mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perkembangan e-dagang/perisian dan teknologi digital dalam industri pelancongan, kesejahteraan dan kesihatan, jualan langsung dan jualan runcit. Mark telah membantu mengembangkan perisian dan teknologi untuk membangunkan jenama digital, jualan, dan pengalaman pelanggan dan pekerja untuk syarikat seperti JetBlue Airways, 1-800-CONTACTS, Glasses.com dan Vivint Smart Home.
Mark sangat cukup berminat tentang teknologi, mengembangkan individu, menghasilkan pasukan dan sistem pembangunan perisian berpotensi tinggi dan membangunkan hubungan antara jabatan yang berjaya. Beliau mula membangunkan perisian dan bekerja dengan komputer sejak berusia 12 tahun dan percaya akan pembelajaran seumur hidup. Mark percaya bahaya kekuatan seluruh pasukan lebih penting berbanding kekuatan individu, tidak kiralah betapa bagusnya individu itu.
Mark tinggal di Midway, Utah bersama tujuh orang anak dan iserinya, Emily. Tiga anak mereka yang paling muda adalah anak angkat. Tambahan terbaru mereka, Peter, berasal dari Armenia. Mark boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol dan gemar berlari, membaca, berkayuh bot, dan apa jua aktiviti yang membolehkan beliau meluangkan masa bersama keluarga. Mark teruja untuk bekerja dengan Young Living di mana beliau boleh membawa perubahan dalam hidup orang lain. Produk Young Living kegemarannya adalah campuran minyak pati
Valor kerana baunya yang tenang dan membangkitkan semangat, serta makanan tambahan untuk seluruh tubuh,
NingXia Red.