Semasa pengembaraannya mengelilingi dunia dan mempelajari tentang teknik penyulingan minyak pati,
Gary Young
memperluaskan pengetahuannya tentang minyak pati dan terus menjadi peneraju dan pakar dalam bidang tersebut. Komitmen beliau dalam menghasilkan minyak pati dalam bentuk yang paling tulen membawa kepada terciptanya proses Seed to Seal® Young Living, yang merangkumi setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Keghairahanya terhadap pertanian dan menginovasikan teknik penyulingan telah mengangkat Young Living menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.
Selari dengan tanggungjawab mengendalikan sebuah syarikat antarabangsa yang membangun, Mary mendedikasikan masanya untuk memantau dan memperkasakan ramai individu dalam mencapai matlamat professional dan peribadi mereka. Beliau benar-benar prihatin terhadap individu lain dan beliau juga memainkan peranan yang penting dalam usaha filantrofi global Young Living. Beliau memimpin para kakitangan serta pelanggan melalui teladan dengan pendekatan langsung, lalu menjadi pendukung yang penting terhadap perkembangan dan kejayaan syarikat.
Dengan keyakinan yang mendalam terhadap keunggulan minyak pati, Gary dan Mary mewakili semangat Young Living dan terus membina sebuah syarikat yang menyokong sepenuhnya kesejahteraan semua dan di mana-mana sahaja.