Kami yakin pemerkasaan adalah kunci kepada perubahan jangka masa panjang.
Misi
Untuk melindungi dan memperkasa anak muda dunia kita
Visi
Generasi membangun yang bebas berusaha dan bertindak membuat perubahan positif dalam komuniti mereka
Sejak D. Gary Young memulakan Yayasan pada tahun 2009, kami fokus pada memberi bantuan kepada mereka yang menerima terlalu sedikit perhatian, alatan dan sumber yang mereka perlukan untuk mencapai sebarang kemungkinan. Misi dan visi kami berkhidmat sebagai penunjuk arah untuk memberikan solusi jangka masa panjang.
TIGA BAHAGIAN UTAMA UNTUK MENCIPTA PERUBAHAN BERKEKALAN
MENJUARAI PENDIDIKAN
Membuka pintu peluang menerusi pendidikan tradisional dan vokasional, pembinaan kemahiran, dan perkembangan kepimpinan.
MENGEMBANGKAN PERUSAHAAN
Memperkasa wanita di seluruh dunia untuk memecahkan kitaran kemiskinan generasi untuk anak-anak mereka dengan melabur dalam perniagaan kecil dan perusahaan perdagangan saksama.
MENAMATKAN EKSPLOITASI
Melindungi mereka yang lemah daripada kehilangan kebebasan mereka melalui penderaan dan pemerdagangan manusia.
Young Living Malaysia Sdn Bhd (1058616-D) (AJL 932069)
Ground Floor, Tower 7
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia