Pengalaman
Campuran minyak yang harum ini merupakan tambahan yang menarik untuk ketika bertafakur, rutin waktu petang atau waktu bermain dengan anak-anak. Dengan aromanya yang menenangkan dan menyegarkan, Peace & Calming merupakan minyak yang popular digunakan dari menaikkan kualiti persekitaran rumah anda hinggalah sebagai pewangi untuk pelbagai majlis.
Arahan Label
Topikal: Cairkan 1 titis dengan 1 titis Minyak Sayuran Kompleks V-6™ atau dengan minyak pelarut yang lain. Sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
- Penuhi bilik tidur anda dengan aroma yang mesra dan menyenangkan apabila anda beristirehat.
- Segarkan ruang main dan belajar anda dengan keharuman yang kemanis-manisan.
- Baurkan air pancuran anda dengan aroma asas ini selepas sibuk seharian bekerja dan melakukan aktiviti.
- Jadikan rumah anda syurga dengan aroma yang menggodakan ini dan galakkan perjumpaan dengan orang yang tersayang.
- Mewahkan ruang yoga atau peribadi anda untuk mencipta momen yang sesuai untuk bertafakur.
- Bawa diri anda dari meja kerja yang semak ke kawasan yang indah di desa.
Penggunaan
- Sapukan Peace & Calming di tapak kaki pada waktu malam sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidur seluruh keluarga anda.
- Cairkan dengan Minyak Sayuran Kompleks V-6 untuk menikmati urutan belakang yang menenangkan sebelum tidur.
- Gabungkan dengan Citrus Fresh untuk menikmati bau yang ceria dan menyegarkan yang amat sesuai pada waktu pagi sebelum ke sekolah atau latihan.
- Campurkan 4-5 titis ke 1 cawan garam Epsom untuk mandian sebelum memulakan hari anda atau sebahagian dari rutin waktu petang yang menenangkan.
- Campurkan dengan Young Living Bes Gel Mandian & Pancuran sebagai pencuci yang pasti akan digemari seisi keluarga.
Amaran:
Jauhkan dari kanak-kanak. Jika anda sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat atau mempunyai keadaan perubatan, sila rujuk pada pakar kesihatan sebelum menggunakannya. Elak cahaya matahari atau sinaran UV secara langsung sehingga 12 jam selepas menggunakan produk ini.