Young Living Mengumumkan Ladang Baharu di Daerah Pastaza, Ecuador

Ladang Mera Ocotea Akan Membantu Young Living Memenuhi Permintaan Minyak Pati Ocotea

Lehi, Utah - 29 Julai, 2019 - Young Living Essential Oils, iaitu peneraju dalam dunia minyak pati, hari ini mengumumkan pembukaan Ladang Mera Ocotea , iaitu ladang milik korporat Young Living yang baharu. Ladang seluas 120 ekar yang terletak di Daerah Pastaza di Ecuador ini dijangka akan menghasilkan penuaian ocotea bermula seawal 2023.

Dengan penemuan ladang yang baharu ini, Young Living ingin melangkah jauh melangkaui matlamat Ikrar 5X5 dengan menambahkan sekurang-kurangnya lima ladang di bawahnya setiap tahun. Syarikat menganggap Ladang Mera Ocotea sebagai satu peluang untuk memberi impak positif kepada dunia. Young Living telah menanam lebih daripada 5,000 tumbuhan ocotea di ladang tersebut, lalu meningkatkan lagi pengeluaran oksigen di kawasan tempatan. Ia juga akan menggunakan benih bukan-GMO sahaja, yang bergantung hampir sepenuhnya pada air hujan semula jadi sebagai sumber air dan sokongan daripada koridor hidupan liar tempatan.

"Ketulenan semua produk kami bermula dari ladang," kata Lauren Walker, Ketua Pegawai Pembekalan Young Living. "Oleh sebab itu, kami akan pastikan semua ladang kami - sama ada ladang milik korporat, ladang kongsi atau pembekal yang diperakui Seed to Seal - membuat langkah pertama dalam memikul tanggungjawab mengawasi dunia. Ladang Mera Ocotea merupakan satu lagi contoh bagaimana Young Living berusaha demi menghadapi masalah penebangan hutan di negara tersebut."

Ladang Mera Ocotea merupakan ahli kedua dalam keluarga ladang Young Living di Ecuador. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ladang Mera Ocotea, sila lawati YoungLiving.com.

Tentang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, yang berpengkalan di Lehi, Utah, merupakan peneraju dalam dunia minyak pati yang menawarkan produk terseduh minyak paling berkualiti tinggi. Dalam mengawasi bumi dan penduduknya, Young Living mengorak langkah bagi setiap syarikat minyak pati dengan piawaian Seed to Seal® bersama tunjang Penyumberan, Sains dan Piawaian. Prinsip panduan ini melindungi bumi dan memastikan pelanggan berasa senang dengan menggunakan produk Young Living untuk diri mereka sendiri, keluarga dan di rumah mereka. Produk Young Living mengandungi minyak pati yang dihasilkan dari ladang milik korporat atau ladang kongsi, serta pembekal yang diperakui Seed to Seal, menyokong gaya hidup yang sihat dan terus menyediakan peluang kepada lebih daripada 6 juta ahli untuk mencapai matlamat dan aspirasi mereka dengan menyelaraskan usaha mereka dengan nilai dan minat mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari kami di YoungLiving.com, ikuti @youngliving di Instagram atau like kami di Facebook..

Hubungi Media
Sebarang pertanyaan media, sila hubungi prinquiries@youngliving.com.