Guayaquil, Ecuador
Dengan keluasan hampir 2,000 ekar tanah ladang, tanah subur dan musim penanaman sepanjang tahun di Finca Botanica Aromatica menyokong pertumbuhan pokok palo santo dan beberapa tumbuhan baharu dengan kandungan minyak yang tinggi secara meluas, bersama-sama dengan pembiakan serai, ruta graveolens, dan banyak lagi tumbuhan dan herba tempatan. Ini membuktikan bahawa ladang ini amat sempurna untuk penuaian minyak yang kurang dihasilkan di seluruh dunia, seperti helikrisum yang terkenal dengan sifat pemulihannya.
Penemuan Minyak Pati Baharu
Hutan tebal mengelilingi ladang mencipta makmal semula jadi bagi penyelidikan dan pembangunan minyak pati. Pengasas Gary Young kerap meneroka ke dalam hutan untuk mendapatkan sampel tumbuhan yang sifatnya kemudian dianalisis. Sebaik sahaja minyak pati Young Living® baharu ditemui, tumbuhan itu sama ada akan dibiak dan disuling di ladang, atau dituai secara lestari daripada bekalan sedia ada.
Beberapa minyak pati Young Living yang dihasilkan melalui cara ini termasuk:
Pengembaraan Amazon Tahunan
Setiap tahun, Gary Young dan sekumpulan Pengedar Bebas Young Living akan ke Guayaquil untuk Pengembaraan Amazon Tahunan. Pengalaman sekali seumur hidup ini termasuk pendakian berpandu melalui hutan, lawatan ke ladang dan kilang penyulingan Finca Botanica Aromatica, latihan minyak pati, dan banyak lagi.