Campuran Minyak Pati DiGize

DiGize ™ adalah campuran tulen Tarragon, Ginger, Peppermint, dan minyak pati lain, direka sebagai salap yang melegakan ketidakselesaan secara topikal.

Item No.
Item
Borong
Runcit
PV

Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.

Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.

* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.

Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Keharuman yang kepedas-pedasan dan seperti herba
  • Mencipta satu pengalaman aromatik yang menenangkan apabila disapukan terus pada kulit.
  • Aroma yang menenangkan
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma mewah, kepedas-pedasan, seperti tanah
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Minyak Artemisia dracunculus† (Tarragon)
Minyak akar Zingiber officinale† (Ginger)
Minyak Mentha piperita† (Peppermint)
Minyak Juniperus osteosperma† (Juniper)
Minyak Foeniculum vulgare† (Fennel)
Minyak Cymbopogon flexuosus† (Lemongrass)
Minyak benih Pimpinella anisum† (Anise)
Minyak Pogostemon cablin† (Patchouli)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Campuran minyak pati DiGize mempunyai keharuman kepedas-pedasan dan eksotik yang sesuai untuk dibaurkan sebelum atau selepas makan besar atau disapukan secara terus pada abdomen bagi menikmati pengalaman aromatik yang menenangkan.
Arahan Label
Topikal: Cairkan 1 titis dengan 1 titis Minyak Sayuran Kompleks V-6™ atau minyak zaitun dan sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 30 minit 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Bawa campuran asas ini bersama ketika menikmati percutian keluarga.
  • Selubungi ruang tamu dengan aroma bau tanah yang manis ketika bersantai selepas makan malam.
  • Pasangkan pembaur kereta USB dan nikmati keharuman yang menenangkan ini sepanjang perjalanan.
Penggunaan
  • Sapukan terus pada kulit selepas makan untuk menikmati aroma yang menenangkan, sejuk dan segar.
  • Campurkan bersama Minyak Sayuran Kompleks V-6 untuk urutan yang melegakan pada abdomen.
  • Titiskan beberapa titis pada tangan anda dan hidu aroma yang menyegarkan dan menenangkan.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
DiGize dirumuskan untuk menghasilkan satu pengalaman aromatik yang menenangkan. Minyak pati Tarragon, Ginger, Peppermint, Juniper, Lemongrass, Anise, Patchouli dan Fennel memberikan campuran eksklusif ini satu keharuman yang mesra dan kepedas-pedasan serta eksotik dan menenangkan. Ladang Whispering Springs Young Living di Mona, Utah, telah sekian lama menjadi sumber penghasilan minyak pati Peppermint, dan Peppermint dalam DiGize memberikan sedikit keharuman yang menyegarkan di sebalik bau kepedas-pedasan tersebut. Aroma DiGize yang kompleks ini terhasil daripada campuran pelbagai minyak. Tarragon dan Ginger menghasilkan bau herba dan kepedas-pedasan yang pudar, manakala kombinasi Juniper dan Patchouli menghasilkan aroma yang menenangkan.