Minyak Pati Lavender
Share
(Lavandula angustifolia)
Lavender mempunyai aroma manis, herbal bunga segar yang menenangkan dan menyegarkan. Ia adalah minyak pati yang paling versatil, tidak ada rumah harus tanpanya. Lavender dipandang tinggi untuk kulit dan kecantikan.
Item No. | |
Item | |
Borong | |
Runcit | |
PV |
Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.
Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.
* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.
Gambaran Produk
Gambaran Produk
Ciri-Ciri & Faedah
- Menggalakkan rasa tenang dan melawan ketegangan dan gemuruh yang kadang-kala berlaku
- Mempunyai unsur imbangan yang menenangkan minda dan badan
- Membersih dan melegakan iritasi kecil pada kulit
- Boleh melegakan kulit selepas seharian berjemur di bawah matahari
- Mengurangkan kecacatan pada kulit
- Menyokong kulit yang mengalami penuaan
- Mengandungi unsur linalyl acetate, linalool, dan ocimene yang hadir secara semula jadi
Unsur Utama
- Linalyl acetate
- Linalool
- Cis-beta-ocimene
- Trans-beta-ocimene
- Terpinen-4-ol
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma seperti herba, kemanis-manisan, kebunga-bungaan
Ramuan
Ramuan
Ramuan
Minyak Lavandula angustifolia† (Lavender)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan
Penggunaan Yang Disyorkan
Pengalaman
Minyak pati Lavender mempunyai keharuman kebunga-bungaan dan menenangkan yang boleh digunakan secara aromatik dan topikal. Lavender merupakan satu daripada produk kami yang paling popular disebabkan oleh faedahnya yang pelbagai.
Arahan Label
Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Guna apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
- Penuhi bilik tidur anda dengan aroma Lavender yang menenangkan pada sebelah petang untuk mencipta satu ruang yang melegakan dan kondusif untuk tidur.
- Baurkan bilik tidur bayi dengan haruman bunga-bungaan yang lembut ketika waktu tidur untuk mencipta suatu suasana yang tenang supaya anak kecil dapat tidur dengan lena.
- Akhiri hari anda dengan suasana seperti spa di mana-mana sahaja dengan menggabungkan Lavender dengan keharuman mewah yang lain seperti Eucalyptus, Bergamot, atau Cedarwood.
Penggunaan
- Titiskan beberapa titis pada losyen, syampu dan produk penjagaan kulit untuk mendapatkan aroma yang klasik dan permukaan kulit yang kelihatan lebih muda.
- Titiskan 4 titis Lavender dan 1 cawan garam Epsom dalam air mandian untuk mencipta suatu suasana yang menenangkan.
- Akhiri hari anda dengan urutan belakang atau leher yang menenangkan dengan minyak terseduh Lavender.
- Gunakan Lavender sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidur dengan menyapukannya di tapak kaki atau membaurkannya di sebelah tempat tidur anda.
- Campurkannya dengan Minyak Sayuran Kompleks V-6™ dan sapukan terus pada kulit untuk melegakan kulit setelah seharian berjemur di bawah matahari.
Amaran:
Jauhkan dari kanak-kanak. Jika anda sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat atau mempunyai keadaan perubatan, sila rujuk pada pakar kesihatan sebelum menggunakannya. Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhkan dari mata dan membran mucus.
Ketahui Lebih Lanjut
Ketahui Lebih Lanjut
Latar Belakang Produk
Tahukah anda bahawa lavender merupakan sebahagian daripada keluarga pudina dan merupakan satu daripada minyak kami yang paling popular? Young Living mempunyai tiga ladang yang mengusahakan lavender yang terletak di Utah, Idaho dan Perancis. Lavender disuling stim daripada bahagian atas bunga tumbuhan tersebut dan sebanyak 27 kaki persegi tumbuhan lavender diperlukan untuk menghasilkan 15-ml botol minyak pati Lavender. Dalam Greek kuno, seorang pakar perubatan farmakologi dan botani, Pedanius Dioscorides, memuji kualiti dan kegunaan lavender yang pelbagai. Anda boleh menemui minyak pati Lavender dalam pelbagai campuran Young Living, termasuk Stress Away™, Tranquil™, RutaVaLa™, Forgiveness™, dan Harmony™.
Nama Saintifik:
Lavandula angustifolia
Keluarga botani:
Lamiaceae
Bahagian pokok yang digunakan:
Bahagian atas bunga
Wilayah Penanaman:
Utah, Idaho, Perancis
Kaedah Pengekstrakan:
Penyulingan stim dari bahagian atas bunga
Wilayah YL:
Kebanyakan minyak pati Lavender Young Living dihasilkan dari Perancis dan Amerika Syarika