Minyak Pati Orange
Share
Orange mempunyai aroma kaya, sitrus yang memberikan pengaruh menaikkan semangat dan santai. Ia kaya dengan antioksidan yang kuat d-limonene.
Item No. | |
Item | |
Borong | |
Runcit | |
PV |
Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.
Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.
* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.
Gambaran Produk
Gambaran Produk
Ciri-Ciri & Faedah
- Mempunyai aroma yang membangkitkan dan kemanis-manisan
- Boleh disapukan pada kulit untuk menikmati aromanya yang bertenaga
- Mengandungi unsur limonene dan alpha-pinene yang hadir secara semula jadi
- Boleh dicampurkan pada produk pembersihan untuk mendapatkan bau kemanisan sitrus
- Sesuai digunakan sebagai penanggal pelekat
- Boleh dibaurkan untuk memenuhi ruang anda dengan aura kemesraan pada bila-bila masa sepanjang tahun
- Boleh disapu pada kulit bagi membantu mengurangkan kecacatan pada kulit
Unsur Utama
- Limonene
Boleh didapati dalam
Sesuai Digunakan Bersama
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma sitrus, kebuah-buahan, kemanis-manisan
Ramuan
Ramuan
Ramuan
Minyak kulit Citrus aurantium dulcis†(Orange)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan
Penggunaan Yang Disyorkan
Pengalaman
Dengan aroma yang segar dan berbau sitrus, minyak pati Orange merupakan pilihan yang tepat untuk dibaurkan pada waktu pagi dan sepanjang hari. Keharuman minyak pati Orange bukan sahaja boleh menenangkan minda, malah ia mampu menghapuskan bau yang tidak disenangi. Apabila dicampurkan dengan pelembap dan disapukan pada kulit, minyak pati Orange boleh mengurangkan kecacatan pada kulit. Seperti minyak sitrus yang lain yang boleh mengakibatkan kesan peka foto, jangan menggunakannya pada kulit yang terdedah sebelum melakukan aktiviti luar.
Arahan Label
Topikal: Cairkan 1 titis dengan 1 titis V-6™ atau minyak zaitun dan sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
- Remajakan rumah anda dan inspirasikan kenangan baharu dengan aroma yang segar semasa meluangkan masa dengan ahli keluarga.
- Nikmati kesegaran musim panas dengan aroma yang boleh menceriakan dapur anda ketika menyediakan hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Manjakan diri dengan air mandian suam dan nikmati aroma semula jadi yang membangkitkan semangat diri setelah kepenatan bekerja.
- Tingkatkan tenaga bilik tidur anda dan cergaskan diri untuk menghadapi cabaran yang mendatang sebaik sahaja anda bangkit dari tidur.
Penggunaan
- Gabungkan dengan pelbagai jenis campuran minyak pati semasa musim panas dan sejuk. Baurkan Orange dengan Lime, Lemon dan Tangerine untuk menikmati keharuman yang segar dan mesra atau baurkannya dengan Cinnamon Bark dan Clove untuk keharuman yang sesuai ketika bercuti.
- Gabungkan 8-10 titis dengan air suling atau dengan witch hazel dalam botol sembur kaca yang kecil dan semburkan pada cadar, tuala dan baju untuk mengekalkan kesegarannya.
- Gunakan bersama regimen rawatan muka anda pada waktu malam bagi mengurangkan kecacatan pada kulit dan melicinkan permukaan kulit.
- Baurkan Orange di tempat permainan anak anda kerana mereka pasti suka akan baunya yang manis dan menceriakan!
Amaran:
Jauhkan dari kanak-kanak. Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhkan dari mata dan membran mucus. Jika anda sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat atau mempunyai keadaan perubatan, sila rujuk pada pakar kesihatan sebelum menggunakannya. Elak cahaya matahari atau sinaran UV secara langsung sehingga 48 jam selepas menggunakan produk ini.
Ketahui Lebih Lanjut
Ketahui Lebih Lanjut
Latar Belakang Produk
Minyak pati Orange ditekan sejuk dari buah limau yang sejuk dan segar. Pokok limau berasal dari Asia, namun ia boleh kini ditemui di serata dunia, termasuk di Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Minyak pati Orange mengandungi unsur limonene dan alpha-pinene dan ia juga merupakan ramuan utama dalam campuran seperti Citrus Fresh, Abundance, Christmas Spirit, dan Peace & Calming.
Nama Saintifik:
Citrus aurantium dulcis
Keluarga botani:
Rutaceae
Bahagian pokok yang digunakan:
Kulit
Wilayah Penanaman:
Brazil, AS, Afrika Selatan, Itali dan China
Kaedah Pengekstrakan:
Tekan sejuk
Wilayah YL:
Kebanyakan minyak pati Orange dihasilkan dari Brazil.
Minyak pati 1994 menyertai keluarga Young Living pada tahun 1994