Valor Essential Oil

Valor adalah gabungan minyak pati memperkasakan yang bekerjasama untuk menggalakkan aroma positif serta mengharmonikan dan memulihkan semula.

Item No.
Item
Borong
Runcit
PV

Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.

Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.

* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.

Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Mengandungi aroma yang positif, kemanis-manisan dan kepedas-pedasan yang menginspirasikan keyakinan dan keberanian
  • Membantu menyegarkan udara apabila dibaurkan dan memperbaiki permukaan kulit apabila disapu secara terus
  • Mencipta persekitaran yang sesuai untuk yoga dan bertafakur
  • Meningkatkan kualiti urutan bagi mendapatkan pengalaman yang baharu
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma yang menyeluruh, kebunga-bungaan, kekayu-kayuan
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Caprylic/capric triglyceride
Minyak daun Picea mariana† (Black spruce)
Minyak kayu Cinnamomum camphora† (Camphor)
Minyak bunga Tanacetum annuum† (Blue tansy)
Minyak Boswellia carterii† (Frankincense)
Minyak bunga Pelargonium graveolens† (Geranium)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Gunakan aroma Valor yang menyegarkan in pada waktu pagi bagi menikmati keharuman yang menaikkan semangat bagi menghadapi hari yang mendatang. Keharumannya yang bersemangat menjadi pilihan mereka yang berjiwa berani.
Arahan Label
Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Guna apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Jadikan bilik tidur anda tempat untuk meningkatkan motivasi diri dengan memenuhi ruang bilik dengan keharuman yang berbau tanah dan kekayu-kayuan ini.
  • Tingkatkan kualiti ruang kehidupan anda dengan keharuman komplex yang mesra ini.
  • Hadapi tugasan anda yang paling mencabar dengan sokongan aroma yang bertenaga ini.
  • Bersedia mengharungi pengembaraan kehidupan ke mana sahaja dengan membaurkan ruang anda dengan campuran yang berani ini.
  • Nikmati pengalaman ala-spa di rumah dengan keharuman Blue Tansy, Frankincense, dan Black Spruce yang menyelesakan di sekeliling anda semasa melakukan rawatan muka dan kuku sendiri.
  • Bawa bersama keselesaan di rumah dalam perjalanan anda dengan menggunakan pembaur peribadi untuk membaur aroma yang menenangkan ini di bilik hotel, lapangan terbang dan ruang hapak yang lain.
Penggunaan
  • Gabungkan Valor dengan Minyak Sayuran Kompleks V-6 untuk merehatkan diri anda dengan urutan leher atau belakang sebelum tidur.
  • Segarkan sepanjang hari anda dengan menghidu Valor atau urutkannya pada leher, dada atau tangan dan pergelangan tangan anda.
  • Guna Valor sebagai pewangi yang beraroma berani dan menginspirasikan, atau sebagai aroma awal bagi keharuman peribadi.
  • Campurkan pada Bes Gel Mandian & Pancuran Young Living atau dalam air mandian panas untuk menyegarkan rutin mandian anda.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Valor merupakan satu daripada campuran asli yang dirumuskan oleh D. Gary Young dan juga pilihan pelanggan sejak sekian lamanya. Setiap minyak pati dalam campuran ini telah dipilih secara berhati-hati atas kebaikan aromatik dan topikalnya yang unik: Frankincense untuk aromanya yang menaikkan semangat dan berbau tanah serta unsur yang melicinkan kulit; Black Spruce untuk keharumannya yang asas dan berbau kayu-kayuan; Blue Tansy bagi profil aromatiknya yang menginspirasikan; Geranium bagi keharuman bunga dan kemanis-manisannya; manakala Camphor Wood bagi unsur kebaikannya pada kulit dan baunya yang kuat dan seperti herba. Campuran yang bertenaga dan sinergik ini dengan aromanya yang transformatif telah menyumbang kepada legasinya yang kukuh sebagai satu daripada proprietari Raindrop Technique® Young Living.