Minyak Pati Blue Tansy

Walaupun minyak pati Blue Tansy, Tanacetum annuum dituai daripada bunga kuning kecil dalam keluarga chamomile, unsur chamazulene yang hadir secara semula jadi menukarkan minyak pati tulen yang menakjubkan ini kepada warna biru yang cantik dan mewah semasa proses penyulingan stim. Blue tansy yang berasal dari Maghribi merupakan pohon botani yang sukar dijumpai dan amat terkenal dengan kegunaannya dalam produk kecantikan yang mewah dan mahal.

Pelanggan Young Living telah bertahun-tahun menikmati faedah minyak pati Blue Tansy dalam beberapa campuran minyak pati kami yang popular, termasuk Valor®, Peace & Calming® dan JuvaFlex®. Blue Tansy kini boleh didapati dalam bentuk minyak pati tunggal untuk anda baur, sapu terus pada kulit dan kongsi!

Item No.
Item
Borong
Runcit
PV

Item ini pada masa ini tidak tersedia untuk dibeli.

Produk ini hanya boleh dibeli oleh pelanggan Young Living. Untuk menjadi pelanggan Young Living klik pada pautan Menjadi Pelanggan di bahagian atas halaman ini.

* Semua harga yang ditunjukkan termasuk VAT. Tidak termasuk caj penghantaran.

Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Keharuman yang kemanis-manisan dan kebunga-bungaan
  • Mencipta satu persekitaran yang membangkitkan apabila dibaurkan
  • Mempunyai unsur membersih dan melegakan kulit
  • Mengurangkan kecacatan pada kulit
  • Boleh melembap dan mencantikkan kulit apabila dititiskan pada pelembap
  • Melegakan otot yang kepenatan apabila digabungkan bersama campuran minyak pati Cool Azul dan digunakan semasa terapi mengurut.
Unsur Utama
  • Alpha-phellandrene
  • Beta-pinene
  • Camphor
  • Chamazulene
  • Para-cymene
  • Sabinene
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma kemanis-manisan, kebunga-bungaan
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Minyak bunga Tanacetum annuum† (Blue tansy)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Keharuman Blue Tansy yang kemanis-manisan dan kebunga-bungaan mencipta satu persekitaran yang menggoda dan menenangkan apabila dibaurkan. Aromanya yang lembut juga memberikan keselesaan apabila digunakan bersama regimen kulit waktu malam.
Arahan Label
Topikal: Sapukan 2-4 titis terus pada tempat yang dikehendaki. Tidak perlu dicairkan, kecuali pada kulit yang sangat sensitif. Untuk tidak meninggalkan kesan pada baju atau kulit, cairkan bersama produk pelembap atau minyak pelarut. Guna apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Rasai ketenangan semasa rutin waktu malam dengan menyelubungi diri anda dengan keharuman kemanis-manisan dan kebunga-bungaan.
  • Berehat bersama keluarga dengan aroma yang kemanis-manisan dan menenangkan sepanjang tahun.
Penggunaan
  • Baurkan keharuman Blue Tansy yang kemanis-manisan dan kebunga-bungaan di seluruh rumah anda dan cipta satu persekitaran yang menggoda dan membangkitkan semangat.*
  • Naik taraf pelembap kegemaran anda dengan menambahkan 1 titis Blue Tansy dan sapukan terus pada kulit bagi membantu melegakan dan melembapkan kulit.
  • Gabungkan Blue Tansy dengan campuran minyak pati Cool Azul dan sapukan terus pada otot yang keletihan dengan urutan yang melegakan selepas bersenam.
  • Titiskan Blue Tansy dalam Pembaur Gentle Mist andadan baurkannya ke muka bagi melembap dan mencantikkan kulit anda.
  • Nikmati faedah pembersihan kulit Blue Tansy dengan menggabungkannya dengan garam Epsom dan Minyak Sayuran Kompleks V-6 untuk mandian yang menenangkan.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Berbekalkan komitmen kualiti serta penyumberan yang berhemat dan strategik melalui Seed to Seal, bunga blue tansy dituai daripada sumber boleh skala dan mampan.
Dedikasi kami terhadap penanaman yang bertanggungjawab membolehkan kami mencari sumber pohon yang sukar dijumpai seperti blue tansy dan memberikan ahli kami peluang untuk mendapatkan minyak yang eksklusif ini. Piawaian kualiti kami yang ketat memastikan bahawa setiap botol minyak pati adalah tulen dan selamat untuk kegunaan seisi keluarga.

Nama Saintifik: Tanacetum annuum†
Bahagian pokok yang digunakan: Bunga
Wilayah Penanaman: Maghribi
Kaedah Pengekstrakan: Penyulingan stim
Wilayah YL: Kebanyakan minyak Blue Tansy Young Living dihasilkan dari Maghribi.
Tahun: Ditemui sebelum 1994, diperkenalkan pada 1994
Soalan Lazim

Soalan Lazim

S: Kenapa campuran minyak pati Blue Tnasy berwarna biru? Minyak pati tunggal manakah mempunyai warna biru?
J. Campuran minyak pati ini berwarna biru kerana adanya Blue Tansy di dalam campuran tersebut. Minyak pati berikut juga berwarna biru: Blue Cypress, German Chamomile, Blue Yarrow.
S. Adakah minyak pati Blue Tansy mempunyai kesan yang diketahui pada tekanan darah tinggi?
J. Jika anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan atau jika anda menerima preskripsi ubatan,Ianda disarankan berunding dengan penasihat kesihatan yang berpengalaman dalam minyak pati sebelum menggunakan minyak pati. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi yang memberi preskripsi tentang sebarang interaksi yang mungkin berlaku antara ubat dan minyak pati.